Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

55) RANCANGAN MALAYSIA KE-11 (RMK-11) NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek-projek dan nilainya di Selangor berdasarkan RMK-11?

    Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Negeri Selangor adalah tempoh pelaksanaan projek pembangunan bagi tempoh lima (5) tahun iaitu dari tahun 2016 sehingga tahun 2020. Penyediaan RMKe-11 Negeri Selangor akan tertumpu pada agenda untuk merancakkan pertumbuhan pembangunan di Negeri Selangor menjelang tahun 2020 dengan menitikberatkan objektif dan sasaran Kerajaan Negeri berpandukan kepada Pelan Halatuju Pembangunan RMKe-11 Negeri Selangor.

    Bagi maksud tersebut, dianggarkan sejumlah RM7 billion akan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembangunan jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Negeri diperlukan bagi RMKe-11 Negeri Selangor.

    Semua permohonan projek pembangunan RMKe-11 yang dikemukakan oleh jabatan hanya layak dipertimbangkan dan diberi keutamaan disenaraikan dalam RMKe-11 Negeri Selangor sekiranya permohonan tersebut mengandungi kriteria dan keperluan perkara berikut:

    • projek sambungan RMKe-10;
    • ringkasan lengkap projek (bagi projek baru); dan
    • menepati Pelan Halatuju Pembangunan RMKe-11 Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor juga menolak permohonan perbelanjaan pembangunan yang bersifat operasi seperti pembinaan bangunan pejabat baru. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan memberi lebih tumpuan terhadap pelaksanaan projek-projek pembangunan yang mempunyai nilai tambah (value added) dari segi penjanaan ekonomi.

Lampiran

Tiada Lampiran.