Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

241) RANCANGAN MALAYSIA KE 11 UNTUK NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan rancangan pembangunan Malaysia ke-11 khusus untuk negeri Selangor

    Pelan Halatuju Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) bagi Negeri Selangor telah disediakan dan dibentangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk diambilkira dalam pelaksanaan RMKe-11.

    Penyediaan Rangka Kerja Pelan Halatuju Pembangunan RMKe-11 Negeri Selangor adalah berdasarkan perkara berikut :

    1. Hasrat Rakyat Negeri Selangor merangkumi lapan (8) teras seperti berikut :
    2. Kestabilan Pertumbuhan ekonomi;
    3. Penyediaan Peluang Pekerjaan;
    4. Penyediaan Kemudahan Infrastruktur;
    5. Kediaman Berkualiti dan Mampu Dimiliki;
    6. Kecekapan Prasarana Pengangkutan dan Perhubungan;
    7. Pewujudan Persekitaran Selamat dan Selesa;dan
    8. Penyediaan Aksesibiliti Pendidikan Penjagaan Alam Sekitar.
    9. Rangka Kerja Pembangunan Negeri Selangor melihat kepada tiga (3) dimensi utama iaitu :
    10. Mengoptima sumber;
    11. Penciptaan kekayaan; dan
    12. Perkongsian kekayaan secara inklusif

    Kedua-dua strategi tersebut digabungkan dan diperincikan bagi menggariskan Visi dan Halatuju RMKe-11 Negeri Selangor iaitu :

    • Merancakkan Pelaburan dan Perniagaan;
    • Teknologi dan Infrastruktur Maju dan Terkini;
    • Modal Insan Berkemahiran Tinggi;
    • Pertumbuhan Ekonomi Yang Mampan dan Seimbang;
    • Penyediaan Perumahan Secara Mampan;dan
    • Penyampaian Perkhidmatan Awam Ke arah Pembangunan Komuniti Kelas Pertama

    Visi ini akan menjadi asas dan panduan kepada semua pihak Kerajaan dan swasta termasuk ADUN bagi melaksanakan Pelan Pembangunan dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.