Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

225) RANCANGAN MASALAH BANJIR DI MERU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir di DUN Meru?

    Untuk makluman, kawasan yang sering dilanda banjir di Dun Meru terletak di lembangan Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar. Satu kajian sistem saliran di Bandar Klang telah dibuat oleh HLA Consultant pada tahun 2009 yang merangkumi tindakan-tindakan yang perlu dibuat bagi menaiktaraf saliran di Bandar Klang.

    Pada ketika ini Sungai Kapar Kecil sedang dinaiktaraf dan satu sistem pam berkapasiti tinggi akan dipasang di pintu air Sg Kapar Kecil. Projek ini dijangka siap pada 24 Mac 2019 dengan kos sebanyak RM15,171,529.95. Kerja yang dijalankan ini akan menurunkan paras air di Sungai Kapar Kecil dan seterusnya mengurangkan risiko banjir di lembangan Sungai Kapar Kecil. Juga, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dan Pihak Berkuasa Tempatan akan meneruskan usaha-usaha menaiktaraf sistem saliran dan perparitan melalui RMK-12 dengan anggaran kos fizikal projek sebanyak RM14.8 juta bagi mengatasi banjir di Pekan Meru. Diantara komponen- komponen yang dicadangkan ialah:

    • Menaiktaraf longkang Jalan Teratai (1.5km), Jalan Meru dan Jalan Bunga Raya (2.0km)
    • Pembinaan Kolam Takungan Banjir bersebelahan Jalan Kenangan
    • Pembinaan oulet baru dari Kolam Setia Alam

    Bagi lembangan Sungai Kapar Besar, Jabatan pengairan dan Saliran telah menaiktaraf Sungai Binjai melalui projek Menaiktaraf Sistem saliran di Kawasan Persiaran Hamzah Alang dimana sungai sediada telah dinaiktaraf sepanjang 35km. Skop projek inijuga melibatkan penaiktarafan jambatan-jambatan yang rendah bagi memastikan kelancaran air larian hujan ke hilir. Projek ini telah disiapkan akan siap pada 17 November 2018 dengan kos sebanyak RM17,680,685.55.

    Usaha- usaha menaiktaraf pintu air Sg Kapar Besar serta Sg Binjai akan diteruskan pada RMK 12 dengan anggaran kos fizikal projek sebanyak RM49.5 juta. Diantara komponen- komponen yang dicadangkan ialah:

    1. Sistem Pam berkapasiti tinggi dipasang di pintu air Sg Kapar Besar dan menaiktaraf pintu air
    2. Pembinaan 3 kolam takungan banjir di Jalan Paip,Persiaran Hamzah Alang dan dari Bukit Kerayong
    • Menaiktaraf Sungai Binjai sepanjang 3.5km daripada panjang keseluruhan sungai sebanyak 6.5km. Untuk makluman, kerja menaiktaraf Sg Binjai Fasa 1 telah disiapkan sepanjang sepanjang 3km.

Lampiran

Tiada Lampiran.