Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

119) RANCANGAN MENAIK TARAF SISTEM JALANRAYA DI MERU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan-rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf sistem jalan raya di Meru yang sedang berjalan dan 15 tahun akan datang?

    Pihak JKR Selangor mempunyai perancangan untuk menaiktaraf jalan raya di Meru. Terkini pihak JKR Selangor sedang menyediakan Cadangan Projek menaiktaraf Jalan Meru bermula dari persimpangan Jalan Meru tambahan sehingga persimpangan Setia Alam dengan anggaran 4.3km panjang jajaran.  Cadangan ini melibatkan skop menaiktaraf jalan kepada piawai U4, 4 lorong 2 hala. Cadangan ini akan diangkat ke JKR Ibu Pejabat untuk kelulusan RMK-11 RP4 pada akhir November 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.