Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

207) Rancangan Pembangunan Di Pulau Carey

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan di Pulau Carey, khasnya dalam industri maritim, pertanian dan pelabuhan?

    Berdasarkan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 yang telah diwartakan melalui no warta 2382 pada 5 Julai 2018, 70% zon gunatanah di Pulau Carey masih dikekalkan sebagai kawasan pertanian, 25 % zon gunatanah perumahan dan 5 % adalah zon gunatanah komersil.

    Pihak MPKL masih lagi belum menerima sebarang permohonan atau cadangan secara rasmi berhubung pembangunan  industri maritim yang akan dibangunkan di Pulau Carey.

Lampiran

Tiada Lampiran.