Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

32) RANCANGAN PEMBESARAN KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar kerajaan telah merancang untuk memberi milik tanah-tanah rizab kerajaan untuk dijadikan tapak rumah di bawah rancangan pembesaran kampung seperti contoh tanah seluas 30 ekar di Kampung Sungai Lui batu 23?

    Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk memberimilik tanah rizab kerajaan di bawah rancangan pembesaran kampung. Selaras dengan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara, tanah-tanah rizab kerajaan tidak boleh diberimilik melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Dasar Kerajaan Negeri selaras dengan Pekeliling PTGS Bil.4/2015- Garis Panduan Lesen Pendudukan Sementara di atas Tanah Rizab Kerajaan membenarkan pendudukan sementara melalui Lesen Pendudukan Sementara di bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara bagi tanah rizab kerajaan yang bukan pada masa itu digunakan untuk maksud ia

     

    Permohonan LPS di atas tanah rizab hanya dibenarkan untuk tujuan seperti berikut:

    1. Tapak semaian/jualan pokok hiasan
    2. Tanaman kontan
    3. Pondok Pengawal
    4. Papan lklan (billboard)
    5. Tempat Letak Kereta

     

    Lesen Pendudukan Sementara untuk tujuan rumah kediaman adalah tidak dibenarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.