Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

33) RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kali Rancangan Struktur Negeri (RSN) Selangor telah diterbitkan dan tempoh setiap RSN?

    Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 adalah rancangan struktur yang pertama disediakan bagi perancangan peringkat Negeri yang mana sebelum ini rancangan struktur di sediakan di peringkat daerah. Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 ini telah diwartakan pada 14 Jun 2007 dengan No. Warta 1541.

    Manakala Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 pula disediakan bagi menggantikan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020. Penggantian dan kajian semula ini dilakukan setelah dibuat semakan semula ke atas Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 didapati terdapat perubahan besar ke atas dasar-dasar serta arah tuju pembangunan Negeri masakini yang perlu dikaji semula. Keperluan untuk semakan semula ini selaras dengan keperluan Seksyen 11, Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan supaya semakan semula ke atas Rancangan Struktur sedia ada dilakukan setiap 5 tahun.

    Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk pihak Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa melaksanakan kajian semula Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dengan tempoh perancangan 20 tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.