Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

256) RANCANGAN TEBATAN BANJIR DI MERU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status rancangan tebatan banjir di Meru?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran di Pekan Meru dengan kos sebanyak  RM 9.85 juta. Kemajuan perlaksanaan projek adalah sebanyak 73% dan dijangka siap pada Mac 2020.

    Bagi rancangan penyelesaian banjir secara menyeluruh di Meru, Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengemukakan permohonan Projek Rancangan Tebatan Banjir kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dengan kos sebanyak RM200 juta. Skop projek adalah meliputi menaiktaraf sistem saliran, pembinaan pintu air, pembinaan rumah pam dan kolam takungan di sekitar kawasan  Pekan Meru, Taman Daya Meru, Jalan Teratai dan kawasan perindustrian serta Sungai Kapar Besar.

Lampiran

Tiada Lampiran.