Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

138) RANCANGAN TEBATAN BANJIR MERU

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan kolam tebatan banjir yang amat diperlukan bagi mengatasi masalah banjir di Meru?

    1. Kertas kerja terperinci telah disediakan untuk kerja-kerja tebatan banjir di Meru termasuk pembinaan kolam takungan dan akan dipohon sebagai projek keutamaan Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK-12). Usaha awal yang sedang dibuat adalah untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dijadikan kolam takungan dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan menghantar permohonan secara bertulis kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang untuk mengenalpasti status tanah tersebut.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.