Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

213) RANCANGAN TEBATAN BANJIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sering sedang di dalam perancangan dan di peringkat reka bentuk dengan kos projek dianggarkan sebanyak RM6.8 juta. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memulakan projek ini memandangkan kejadian banjir semakin kerap berlaku semenjak akhir-akhir ini?

    Di dalam RMK 10 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sering merupakan langkah jangka panjang yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah banjir yang melibatkan Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Mengikut rekod Jabatan, kebanyakan banjir yang berlaku di sekitar Sungai Sering tertumpu di  Daerah  Hulu  Langat berbanding Daerah Gombak. Maka permohonan bagi RTB Sg Sering  Daerah Hulu Langat telah diluluskan pada Mesyuarat MTES sebanyak RM6.8 juta. Sehingga ke hari ini permohonan bagi pelantikan Juru perunding yang melaksanakan pelan reka bentuk terperinci telah pun di peringkat Bahagian  Kewangan Negeri  untuk  diluluskan dan dijangka kerja tersebut akan dipanggil pada bulan Oktober 2011

     

    Di samping itu pihak Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah  melaksanakan langkah jangka pendek bagi mengawal tahap banjir di Sungai Sering. Di antara kerja yang telah  dilaksanakan adalah Kerja Pembaikan dan Pembinaan Struktur   L Unit dan Dinding Banjir berjumlah rm 323,286 yang telah siap dilaksanakan pada 20Disember 2010 dan Kerja Pengorekan dan Pembinaan Ban di Kuala Sungai Sering yang telah diiklankan pada 14 Mac yang lalu.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.