Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

200) RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 2

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dan jangka masa yang diambil untuk membetulkan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2 ?

    Majlis sedang menjalankan proses pengubahan terhadap laporan Rancangan Tempatan 2 (RTPJ2) yang telah diluluskan oleh MMKN pada 11 Ogos 2010. Cadangan pengubahan ini dikenali sebagai RTPJ2 pengubahan (1), telah dibincangkan di peringkat Majlis dan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk kebenaran bagi menjalankan proses pengubahan di bawah Akta 172.

Lampiran

Tiada Lampiran.