RANCANGAN UNTUK MENJADIKAN SELANGOR SEBAGAI NEGERI BERTEKNOLOGI HIJAU

24) RANCANGAN UNTUK MENJADIKAN SELANGOR SEBAGAI NEGERI BERTEKNOLOGI HIJAU

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk menjadikan Selangor negeri berteknologi hijau?

    Kerajaan Negeri bersedia untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai Negeri Berteknologi Hijau melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2015 – 2018 yang telah diluluskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 28/2015 pada 2 September

    Melalui Pelan Tindakan ini, Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai Negeri Berteknologi Hijau dan terdapat 8 tindakan utama di dalam Pelan Tindakan ini yang telah dikenalpasti iaitu:-

    • Perbandaran Hijau Melalui Bandar Rendah Karbon Selangor;
    • Perolehan Hijau Kerajaan;
    • Pemasangan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle) Di Selangor;
    • Penggunaan Kereta Elektrik Sebagai Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor;
    • Penggunaan Bas Elektrik Bagi Program ‘Bas Percuma’ Di PBT;
    • Pemasangan Bumbung Solar Bagi Projek Perumahan Selangorku;
    • Bangunan Cekap Tenaga Di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor; dan
    • Program Penghijauan Taman Industri

     

    Kesemua tindakan yang dinyatakan di atas sedang giat dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan agensi berkaitan.

    Sebagai contoh, bagi pelaksanaan Bandar Rendah Karbon Selangor, sehingga kini terdapat 3 PBT yang telah melaksanakan Low Carbon City

     

    Framework (LCCF) iaitu MBPJ, MPSJ dan MBSA. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri akan mempergiatkan usaha agar PBT-PBT lain akan melaksanakan LCCF melalui seminar dan bengkel hands-on yang akan dijalankan.

    Selain itu, sehingga 15 Mac 2016, terdapat 13 buah unit pengecas kenderaan elektrik yang telah di pasang sekitar Negeri Selangor dan sebanyak 36 unit pengecas kenderaan elektrik akan dipasang di 28 lokasi dalam tempoh terdekat hasil daripada usahasama PBT Negeri Selangor dan Greentech Malaysia. Dengan keadaan ini, menjadikan Negeri Selangor sebagai Negeri yang mempunyai bilangan pengecas kenderaan elektrik terbanyak di Malaysia.

     

    Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor turut mengadakan pelbagai program kesedaran kepada masyarakat mengenai amalan-amalan hijau yang boleh dilaksanakan di dalam kehidupan seharian seperti amalan jimat tenaga, kitar semula, penggunaan laluan basikal dan laluan pejalan kaki, kompos, dan kebun komuniti.

Lampiran

Tiada Lampiran.