Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

54) RANGSANGAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan ada mencadangkan pakej rangsangan ekonomi untuk lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion. Apakah status perancangan dan pelaksanaan lima projek-projek berkenaan dari segi peruntukan, tempoh fasa dan sebagainya iaitu pembangunan semula kawasan bandar, pemulihan Sungai Klang, pengambilan semula aset perkhidmatan air, penaikan taraf pengangkutan awam dan pemulihan projek-projek yang terbiar

    Pembaharuan Bandar
    1) Petaling Jaya, Klang dan Kajang telah dipilih sebagai kawasan-kawasan yang akan
    dijalankan Projek Pembaharuan Bandar. Sesi perbincangan dengan Ahli Parlimen,
    ADUN dan Ahli Majlis telah dijalankan. Projek Sungai Klang akan dijadikan sebagai
    pemangkin kepada Projek Pembaharuan Bandar untuk Bandar Klang.
    2) Conference Pembaharuan Bandar akan diadakan pada 20 November dan 1
    Disember, dianjurkan secara bersama antara Kerajaan Negeri Selangor dan pihak
    swasta seperti Malaysian Institute of Planners (MIP) dan REHDA. Pakar-pakar dari
    luar negara akan dibawa untuk berkongsi pengalaman mereka. Objektif conference
    adalah untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai pembaharuan
    bandar dan memberikan ruang untuk konsultasi dengan orang awam dan pihakpihak berkepentingan.
    3) Projek Pembaharuan Bandar perlu mengenal pasti kawasan spesifik untuk
    pelaksanaan projek dan juga perlu mengikuti proses konsultasi dengan orang awam.
    Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang
    1) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menganjurkan bengkel konsultasi awam
    dengan NGO dan wakil-wakil penduduk untuk mendapatkan pendapat dan
    pandangan mengenai Projek Sungai Klang.
    2) Inventori guna tanah masih di dalam proses. Proses ini dibahagikan kepada tiga
    bahagian, dengan bahagian Klang sudah diselesaikan. Bahagian Shah Alam,
    Subang Jaya dan Petaling Jaya sedang dalam proses pelaksanaan, manakala
    bahagian Ampang Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
    3) Kerajaan Negeri Selangor juga telah menawarkan dokumen ‘Request for Business
    Proposals’ (RFP) kepada syarikat-syarikat swasta. Sebanyak 37 syarikat telah
    membeli dokumen ini, dan 12 daripada syarikat-syarikat tersebut telah menghantar
    cadangan mereka. Cadangan-cadangan ini sedang dalam proses penilaian oleh
    Taksforce Projek Sungai Klang dan pakar-pakar untuk pemilihan projek.
    4) Pada masa yang sama, satu pasukan perancang profesional juga sedang dalam
    proses untuk membuat ‘vision plan’ projek ini. Pada peringkat ini, pelan sedang
    dibuat untuk kawasan Klang.
    5) Program yang melibatkan orang awam akan diadakan tidak lama lagi. Kerajaan
    Negeri sedang bekerjasama dengan sebuah NGO yang berpengalaman luas
    berkenaan sungai iaitu Global Environment Centre (GEC) untuk menggalakkan
    penglibatan orang awam dan komuniti di dalam kerja-kerja pembersihan sungai.
    Pada peringkat berikutnya, Kerajaan Negeri berharap agar mendapat kerjasama
    sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan setiap Ahli Dewan Undangan
    Negeri (ADUN) yang berkenaan di sepanjang Sungai Klang.
    6) Berdasarkan jadual kerja yang disediakan oleh Sekretariat Projek, selepas penilaian,
    cadangan akan dipilih sebelum hujung tahun 2009 dan kerja-kerja pemuliharaan dan
    pembangunan dijangka akan bermula pada suku pertama 2010.
    Penyusunan Semula Industri Perkhidmatan Air
    1) Proses pengambilalihan air Selangor oleh negeri dan kerajaan pusat dijangka akan
    diselesaikan pada hujung tahun 2009.
    2) Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri telah bersetuju atas cadangan alternatif yang
    dicadangkan oleh Kerajaan Pusat, dan kerajaan Negeri telah mengemukakan
    beberapa syarat supaya cadangan ini dapat dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.
    Hakikatnya, Kerajaan Negeri masih ingin penyelesaian dibuat melalui cadangan
    pertama kerana ia merupakan proses penstrukturan yang holistik dan mengikuti
    dasar nasional. Cadangan model pertama tidak berjaya oleh sebab dua syarikat
    konsesi air yang tidak menerima tawaran kerajaan negeri, iaitu Puncak Niaga Sdn.
    Bhd. dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
    3) Persetujuan ini sepatutnya di bincang secara teliti di antara kerajaan Pusat dan
    Kerajaan Negeri sebelum berjumpa dengan syarikat-syarikat konsesi air. Walau
    bagaimanapun, mesyuarat telah diadakan untuk membentangkan cadangan ini
    kepada syarikat tersebut.
    4) Halangan terkini yang dihadapi untuk merealisasikan harapan tersebut adalah
    respons Kerajaan Pusat yang dilengahkan kepada permintaan Kerajaan Negeri
    mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu tertentu. Ini termasuklah
    penilaian aset-aset air oleh Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Berhad (PAAB).
    Kelengahan respons oleh Kerajaan Pusat adalah amat membimbangkan.
    5) Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada Kementerian bahawa ia ingin
    membayar separuh daripada kos ‘due diligence’ ke atas syarikat-syarikat konsesi air
    tetapi ini tidak dipersetujui oleh pihak PAAB, yang telah pun menyelesaikan proses
    ‘due diligence’. Kerajaan Negeri akan menekankan bahawa ia sepatutnya diberi
    laporan penuh ‘due diligence’ tersebut.
    6) Proses ini akan dapat dipercepatkan lagi jika Menteri Besar diberi peluang untuk
    berjumpa dengan Menteri KTTHA secepat mungkin untuk menyelesaikan isu-isu.
    7) Penyusunan semula industri perkhidmatan air mestilah diselesaikan segera kerana
    terdapat beberapa tindakan undang-undang di antara syarikat-syarikat konsesi
    sedang dilaksanakan dan jumlah hutang juga semakin bertambah.
    Penaikan taraf pengangkutan awam
    1) Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan beberapa mesyuarat dan perjumpaan
    dengan syarikat, ahli akademik dan ahli NGO untuk memulakan perbincangan
    mengenai penaikan taraf pengangkutan awam di Selangor.
    2) Oleh sebab kebanyakan keputusan mengenai infrastruktur pengangkutan awam
    dibuat oleh Kerajaan Pusat, Dato’ Menteri Besar Selangor telah pun berjumpa
    dengan Menteri Pengangkutan bersama dengan Ahli MMKN YB Teresa Kok.
    3) Kerajaan Negeri Selangor telah memberi satu “wish list” kepada Menteri
    Pengangkutan. Di antara kehendak Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
    i) Penguatkuasaan dan pemantauan yang lebih efektif
    ii) Penyelarasan dan pemberian kuasa kepada Kerajaan Negeri dan Pihak
    Berkuasa Tempatan
    iii) Cadangan untuk menubuhkan Lembaga Pengangkutan Awam Negeri
    Selangor
    iv) Corridor movement yang lebih selesa dan cadangan untuk menubuhkan BRT
    iaitu Bus Rapid Transit
    v) Cadangan untuk pengangkutan komuniti seperti bas komuniti dan
    perkhidmatan bas mikro
    vi) Infrastruktur sokongan mesti diperbaiki iaitu laluan pejalan kaki, mengadakan
    tempat letak basikal di stesen LRT dan komuter.
    4) Perbincangan di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri Selangor akan diteruskan
    lagi.
    Pemulihan projek-projek yang terbiar
    1) Apabila Kerajaan Pakatan mula pemerintahan di kerajaan negeri Selangor, terdapat 144
    projek yang terbengkalai yang melibatkan 45,559 unit. Gross Development Value projekprojek ini bernilai RM7billion – RM9 bilion melibatkan lebih 20,000 orang.
    2) Taskforce Projek Terbengkalai ditubuhkan di bawah Ahli Exco YB. Iskandar dan diketuai
    oleh ADUN YB. Saari Sungib
    3) Beberapa projek yang complicated telah dipilih sebagai fokus untuk diselesaikan iaitu:-
    i) Revolusi Hijau 1, 2, 3 (Alam Perdana dan Alam Mutiara) di Kuala Selangor
    ii) Bukit Botak, Selayang
    iii) Villaria, PJS5 Petaling Jaya
    4) Sehingga Jun 2009, 18 projek telah berjalan semula melibatkan 15,128 unit
    5) Risalah Alam Perdana dan Alam Mutiara akan diedarkan kepada orang ramai untuk
    pengetahuan mereka tentang latar belakang projek-projek ini, khasnya supaya pembelipembeli rumah dapat tahu apakah situasi yang sebenarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.