Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

174) RASUAH DI PBT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan mempastikan supaya tidak ada amalan rasuah berlaku di PBT?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan/Agensi sentiasa berusaha untuk memerangi gejala rasuah di kalangan penjawat awam. Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Tempatan merupakan antara agensi yang sering terdedah kepada gejala rasuah. Oleh yang demikian, antara langkah telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor dalam mengekang gejala rasuah, termasuklah:

     

    • Mewujudkan Unit Integriti di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. Ianya merupakan satu unit yang bertanggungjawab dalam memberikan penerangan berkenaan integriti dan dalam masa yang sama membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi di kalangan kakitangan masing-masing;

     

    • Mewajibkan setiap kakitangan untuk menandatangani dan melafazkan Ikrar Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan masing-masing;

     

    • Mengadakan kursus, seminar, bengkel dan taklimat berhubung tata kelakuan dan salahlaku rasuah;

     

    • Mengedarkan risalah-risalah berkaitan tata kelakuan dan salahlaku rasuah;

     

    • Membuat semakan berkala ke atas prosedur kerja dan pusingan kerja (job rotation) bagi jawatan-jawatan berisiko dan terdedah kepada gejala rasuah;

     

    • Memperkukuhkan perkhidmatan atas talian (online service) bagi menutup ruang amalan rasuah dan orang

     

    • Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan mewujudkan inisiatif- inisiatif dalam membendung gejala rasuah; dan

     

    • Menyediakan saluran aduan integriti melalui emel, talian telefon, faks, surat dan walk-in di Unit-unit Integriti yang ditubuhkan;

Lampiran

Tiada Lampiran.