Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

98) RAUDHAH CITY

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan Raudhah City?

    Pihak PKNS dan Raudhah City telah menandatangani Perjanjian MOU pada 25 Januari 2015 yang berkuatkuasa selama 6

     

    Setelah meneliti dan mengkaji dari segenap aspek, Pihak PKNS dan Raudhah City International Sdn Bhd bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Usahasama (JVA) bagi Cadangan Pembangunan Bandar Raudhah yang merupakan yang  pertama  di  Asia  dengan  nilai  pembangunan  kasar  (GDV) RM14.9 bilion. Majis menandatangani perjanjian dijangka akan berlansung pada 21 Ogos 2015.

     

    Projek pembangunan Bandar Raudhah ini merupakan cadangan pembangunan bercampur yang akan dibina di atas tanah seluas 548.32 ekar itu melibatkan empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 15 tahun.

     

    Pembangunan secara berperingkat itu meliputi pembangunan kluster pendidikan awal berasaskan montessori Islam, kluster pendidikan tinggi dan hab pelancongan perubatan, kluster multimedia kreatif dan hab halal, kluster komersial dan kluster kediaman.

     

    Fasa pertama yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan (2016) yang bakal melibatkan pembangunan Precint 1 seluas 160 ekar yang merangkumi kluster pendidikan awal berasaskan Montessori Islam dan kluster kediaman.

     

    Selain itu, pembinaan 2,000 unit Rumah Selangorku akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dan dijangka akan siap menjelang tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.