Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

254) RAWATAN AIR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah proses-proses rawatan air mentah dari sumber sungai sama dengan air dari sumber lombong atau kolam takungan?

    1. Proses rawatan air mentah sama ada dari air sungai atau air kolam alternatif sebenarnya adalah melalui proses yang sama. Sehingga kini tiada proses mengepam air dari kolam alternatif terus ke loji rawatan air sebaliknya air dari kolam alternatif akan dipam terlebih dahulu ke dalam sungai sebelum diabstrak di muka sauk.

    Kerajaan Negeri sentiasa memastikan air kolam sumber air yang dipam ke Sungai Selangor adalah mematuhi piawaian air mentah KKM untuk dirawat oleh LPA. Proses pemantauan kualiti air dijalankan melalui 3 peringkat, iaitu :

    1. Pemantauan di kolam sumber air oleh LUAS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS),
    2. Pemantauan air mentah di sungai dan muka sauk oleh operator loji dan JKNS, dan
    3. Pemantauan air terawat selepas proses rawatan di loji pembersihan air oleh operator loji dan JKNS.

    Pensampelan dijalankan oleh JKNS dan analisa sampel dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM), di mana kualiti air setiap sampel adalah dipastikan mematuhi Garis Panduan Kriteria Kualiti Air Mentah yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.