Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

108) RAWATAN HERBA SECARA TRADISI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat amalan rawatan herba secara warisan yang mempunyai testimoni kejayaan. Namun terputusnya waris yang mengamalkannya menyebabkan pengetahuan tentangnya juga hilang. Apakah rancangan kerajaan dalam membantu industri kecil ini dengan ujian, penyelidikan, bantuan kewangan dan pemasaran?

    Rawatan dan ubat-ubatan herba tertakluk kepada peraturan Kementerian Kesihatan. Ubat-ubatan herba perlu menjalani ujian klinikal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum dipasarkan. Bagi membangunkan industry herba untuk pengeluaran, ujian dan pemasaran, Jabatan Pertanian menyediakan bantuan di bawah program pembangunan industri herba dan rempah ratus. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian melalui Pejabat Pembangunan Herba (HDO) menyediakan geran bagi membantu penyelidikan herba mengikut kluster penyelidikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.