Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

47) RAYUAN TERHADAP PENGURANGAN PREMIUM TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan terhadap permohonan pengurangan premium tanah khususnya terhadap penukaran syarat nyata tanah daripada tanah pertanian kepada tanah perdagangan, perindustrian atau perumahan?

    Berdasarkan Pekeliling PTGS Bilangan 2/2012 telah menetapkan bahawa rayuan pengurangan premium tanah untuk permohonan pemberimilikan atau pengurangan premium tambahan untuk permohonan tukar syarat tanah adalah tidak dibenarkan. Pentadbir Tanah pula diberi kuasa untuk menolak secara penolakan ringkas atau ‘summary rejection’ ke atas permohonan rayuan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.