Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

26) REFORMASI SISTEM DATA TANAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah rakyat dapat manfaat dari projek tersebut?

    Terdapat dua (2) sistem aplikasi yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri iaitu :

    Bil Nama Sistem Kegunaan Dan Ciri-ciri Sistem
    1. Selangor       Land

    Information

    System (SeLIS)

    •    Mengurus dan mengawalselia maklumat aset kerajaan negeri (tanah) terdiri seperti berikut :

    §  ‘Virgin Land’;

    §  Lesen Pendudukan Sementara (LPS);

    §  Luput Notis 5A;

    §  Luput Tempoh Pajakan ;

    §  Tanah Yang Dirampas Notis 8A;

    §  Tanah Rizab Hutan;

    §  Lain-lain Rizab (rizab jalan, rizab sungai, rizab kemudahan awam dan lain-lain).

    •    Sistem dibangunkan dengan menggunakan teknologi web dan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS).

    •    Penggunaan sistem adalah di PTGS dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) bagi pengguna yang berdaftar.

    Bil Nama Sistem Kegunaan Dan Ciri-ciri Sistem
    2. Land Bank Library System (LBLS) •    Menyimpan secara imej dokumen urusniaga dan bukan urusniaga tanah.

    •    Pengguna adalah dikalangan kakitangan PTGS.

    •    Memudahkan urusan orang awam dalam memohon carian salinan sah dokumen urusniaga dan bukan urusniaga.

    Antara manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat dari projek tersebut adalah:

    1. Selangor Land Information System (SeLIS) :
      • Pangkalan data aset kerajaan negeri akan disimpan secara sistematik dan berpusat bagi memudahkan urusan pembangunan.
      • Pangkalan data yang diintegrasikan dengan teknologi GIS dan Google Earth akan memudahkan kerajaan negeri menyelenggara aset berkenaan.
    • Pangkalan data boleh diakses secara atas talian dengan menggunakan Teknologi antaramuka pengguna dengan tumpuan diberikan dari segi tahap capaian dan keselamatan data.
    • Format data adalah standard bagi seluruh negeri Selangor bagi memudahkan kerajaan negeri mengurus maklumat tersebut untuk rakyat.
    • Merupakan inisiatif yang baik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan Maklumat aset kerajaan negeri.
    • Sistem penyampaian kepada rakyat akan lebih cekap dan berkesan.
    • Urustadbir tanah lebih professional – lebih baik, cepat dan kos efektif.
    • Land Bank Library System (LBLS) :
      • Memudahkan kerajaan mengurus dokumen urusniaga dan bukan urusniaga tanah dalam bentuk imej bagi memudahkan urusan carian salianan sah dokumen.
      • Memudahkan orang awam membuat urusan carian sah dokumen di kaunter Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.