Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

221) REFORMASI UNDANG-UNDANG & PROSEDUR JENAYAH SYARIAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha pihak Kerajaan Negeri dalam menambahbaik undang-undang dan prosedur jenayah syariah di Negeri Selangor bagi memastikan undang-undang jenayah syariah terus dihormati terutamanya dalam menguruskan adab dan akhlak di kalangan umat Islam?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke arah pemerkasaan undang-undang dan prosedur jenayah Syariah di Negeri Selangor. MAIS sebagai institusi yang bertanggungjawab dengan hal ehwal pentadbiran dan perundangan Islam Negeri Selangor mengambil maklum berhubung penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam undang-undang dan prosedur jenayah Syariah di Negeri Selangor.

    Sehubungan dengan itu, MAIS telah pun menetapkan agenda penambahbaikan undang-undang dan prosedur jenayah Syariah khususnya pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dalam Pelan Strategik MAIS bagi thaun 2020 – 2024 di bawah teras Dasar dan Perundangan Islam. Pelaksanaan Pelan Strategik MAIS ini akan melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabtan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) yang bertanggungjawab mencadangkan dan menyediakan draf pindaan undang-undang jenayah Syariah di Negeri Selangor termasuklah program-program pemulihan dan hukuman alternatif kepada pesalah jenatah syariah; dan

    Pihak MAIS kini dalam proses mendapatkan cadangan serta maklum balas daripada semua jabatan berkaitan iaitu JAKESS dan JPSS.

Lampiran

Tiada Lampiran.