Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

232) RETREAT EXCO SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri Selangor dikatakan telah mengadakan retreat di Kota Bangkok. Apa rasionalnya retreat ini diadakan di luar negara?

    Retreat EXCO 2013 telah diadakan pada 18-20 September, 2013 di Centara Grand Hotel, Bangkok, Thailand. Tujuan utama retreat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan cadangan pihak Centara Group untuk melabur di I-City Selangor dengan nilai pelaburan sebanyak RM500 juta. Kelangsungan tersebut, beberapa siri aktiviti telah diadakan iaitu:

     

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 28/2013

     

    Perincian pelaksanaan Manifesto PRU-13

Lampiran

Tiada Lampiran.