Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

24) RIVER OF LIFE

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan untuk River of Life di Negeri Selangor?

    Untuk makluman, sebanyak 7 sungai terlibat bagi pelaksanaan program River of Life iaitu Sungai Klang, Sungai Ampang, Sungai Batu, Sungai Kerayong, Sungai Keroh dan Sungai Gombak di kawasan Kuala Lumpur. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Selangor Maritime Gateway (SMG) bagi membangunkan program pengindahan, pembersihan dan kesedaran awam di Sungai Klang. Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah membuat permohonan peruntukan di dalam RMK-12 bagi memperluaskan pelaksanaan program River of Life di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.