Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

142) RIZAB AGAMA BUKAN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai suatu garis panduan yang jelas untuk menuntut daripada pemaju apabila sesuatu plot pembangunan diluluskan untuk Kebenaran Merancang dan Pelan Pembangunannya dalam OSC . Garis panduan yang ada pada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa hanya menyebut tentang bilangan penduduk atau penganut yang harus disediakan satu tapak rizab agama bukan Islam. Ianya juga tidak memperuntukkan plot yang berasingan untuk kuil Hindu, tokong Buddha , Gereja Kristian dan sebagainya. Apakah polisi Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan perkara ini , agar pihak pemaju menyediakan rizab agama yang mencukupi untuk semua kaum dan penganut.

    Di dalam Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam dan Peranan Jawatankuasa  Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor telah menetapkan bahawa bagi setiap pembangunan seluas 100 ekar, pemaju di minta untuk menyediakan tapak bagi pembangunan agama selain Islam. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pemaju mengemukakan Kebenaran Merancang secara berperingkat kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh yang demikian, terdapat masalah kepada pihak PBT bagi menentukan keluasan sebenar sesuatu projek pembangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.