Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

69) RIZAB AIR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan adanya beberapa loji rawatan air yang baru dibina dan beroperasi, apakah margin rizab air di Selangor berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya?

    Selangor mempunyai 8 empangan air dan 32 loji pembersihan air. Pada masa ini, jumlah kebolehan pengeluaran loji-loji tersebut adalah sebanyak 5,027 JLH dan kadar pengeluaran semasa adalah sebanyak 4,850 JLH. Purata rizab air pada bulan Disember 2016 adalah sebanyak 4.34% (218JLH).  Dengan kadar pertumbuhan purata 3.5%, rizab bekalan air sekarang adalah pada tahap ‘thin margin’.  Unjuran permintaan air adalah berdasarkan kadar kenaikan permintaan tahunan sebanyak 3.5% untuk sepanjang tempoh unjuran (2017 – 2030), manakala kadar rizab bekalan air berdasarkan sasaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah sebanyak 15% – 20%.

     

    Melalui projek-projek bekalan air yang sedang dilaksanakan, ia dapat meningkatkan kapasiti boleh agih seperti berikut:-

    Nama projek Tahun dijangka siap Kapasiti (JLH)
    Semenyih 2 Disember 2017 100
    Labohan Dagang Disember 2018 200
    Langat 2 Disember 2019 1130
      Jumlah 1430

Lampiran

Tiada Lampiran.