Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

276) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini Rizab Kerajaan?

    Rizab Kerajaan Negeri Selangor adalah terdiri daripada Wang Tunai dan Pelaburan yang dipegang bagi maksud Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Kedudukan Rizab pada 30 September 2019 adalah sebanyak RM2,240.66 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM828.79 juta, Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM1,401.78 juta dan Akaun Pinjaman Disatukan sebanyak RM10.09 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.