Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

37) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sehingga setakat ini berapakah jumlah Rezab Kerajaan Negeri Selangor?

    Secara keseluruhannya, kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Oktober 2012 menunjukkan prestasi yang baik dengan lebihan semasa sebanyak RM376.94 juta dan lebihan terkumpul sebanyak RM1,289.69 Lebihan semasa ini adalah berdasarkan hasil yang dikutip sebanyak RM1,575.87 juta adalah lebih berbanding perbelanjaan iaitu sebanyak RM1,198.93 juta. Jumlah wang awam yang terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan pada 31 Oktober 2012 adalah berjumlah RM2.57 bilion. Wang awam yang berjumlah RM2.57 bilion adalah terdiri daripada wang tunai sebanyak RM546.11 juta dan pelaburan sebanyak RM2,028.11 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.