Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

87) RIZAB NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan lebih banyak peruntukan perbelanjaan pembangunan pada tahun 2017, memandangkan rizab negeri kini berada pada tahap tertinggi dalam sejarah negeri iaitu pada RM 4.03 ribu juta?

    Rizab negeri pada 15 Julai 2016 adalah berjumlah RM3,950.64  juta.  Rizab Kerajaan Negeri Selangor akan digunakan bagi program, projek dan aktiviti untuk tujuan pembangunan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor yang akan membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi negeri. Jumlah peruntukan pembangunan yang akan disediakan pada setiap tahun adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan projek-projek pembangunan yang akan ditentukan serta keupayaan kewangan semasa Kerajaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.