Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

182) RIZAB NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah rizab kewangan negeri dari tahun 2010 hingga 2016?

    Rizab negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan bagi Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Sehingga 15 Julai 2016 jumlah rizab negeri adalah berjumlah RM3,950.64 juta. Manakala kedudukan rizab negeri bagi tahun 2010 hingga 2015 adalah seperti berikut:-

     

    Tahun

    Jumlah

    Rizab

    RM Juta
    2010 1,586.88
    2011 1,944.00
    2012 2,619.44
    2013 2,907.10
    2014 3,200.91
    2015 3,258.61

Lampiran

Tiada Lampiran.