Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

121) RIZAB NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah aliran wang yang masuk dari tahun 2008 hingga 2014 ke akaun negeri sehingga dapat mengumpul rizab yang banyak?

    Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan adalah dipegang oleh wang tunai dan

     

    Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2013 adalah meningkat sebanyak 10.98% iaitu daripada RM2,619.44 juta pada tahun 2012 kepada RM2,907.10 juta pada tahun 2013. Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh lebihan terimaan amanah pada tahun 2013 berjumlah RM399.00 juta manakala Akaun Hasil Disatukan telah mencatatkan kurangan sebanyak RM90.45 juta. Kutipan hasil Kerajaan Negeri mencatatkan  jumlah yang tertinggi pada tahun 2013 iaitu sebanyak RM2,149.97 juta. Sumber peningkatan ketara yang menjadi hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2013 adalah terimaan Premium Tanah sebanyak RM 1,118.31 juta berbanding anggaran sebanyak RM618.45 juta dan Faedah daripada Pelaburan dengan terimaan sebanyak RM 73.49 juta berbanding anggaran sebanyak RM33.20 juta.

     

    Pengukuhan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor adalah disumbangkan oleh usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor di samping pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money).

     

    Baki Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan dan dipegang oleh wang tunai dan pelaburan ini dari tahun 2008 hingga 30 April 2014 adalah seperti berikut:-

     

     

    2008 2009 2010 2011 2012 2013 30.04.2014
    RM Juta RM Juta RM Juta RM Juta RM Juta RM Juta RM Juta
     

    WANG AWAM

     

    Wang Tunai

     

     

    733.64

     

     

    617.20

     

     

    658.27

     

     

    390.89

     

     

    392.09

     

     

    335.88

     

     

    212.50

    Pelaburan           691.03           702.77          928.61       1,553.11       2,227.35       2,571.22             2,937.23
          1,424.67 1,319.97 1,586.88 1,944.00 2,619.44 2,907.10 3,149.73

     

    KUMPULAN WANG DISATUKAN

     

     

    Akaun Hasil Disatukan  

    673.97

     

    608.01

     

    732.25

     

    912.75

     

    1,180.85

     

    1,090.40

     

    1,223.23

    Akaun Amanah Disatukan  

    750.70

     

    711.96

     

    854.63

     

    1,031.25

     

    1,417.70

     

    1,816.70

     

    1,926.50

    Akaun Pinjaman Disatukan  

                         –

     

                         –

     

                        –

     

                        –

     

                20.89

     

                         –

     

                              –

           1,424.67 1,319.97 1,586.88 1,944.00 2,619.44 2,907.10 3,149.73

     

     

    Nota:- Jumlah seperti pada 30 April 2014 adalah belum diaudit.

     

     

    1. Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan meningkatkan rizab Negeri Selangor telah melaksanakan perkara-perkara berikut:-

     

    1. mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri. Pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri telah berjaya membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan lebihan tunai dengan lebih efisien di samping memberi pulangan faedah yang optimum;

     

    1. pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pejabat Daerah/Tanah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Bahagian Teknologi Maklumat, SUK sebagai satu pasukan (Ops. Kutip). Di antara pendekatan yang dilaksanakan melalui Ops. Kutip adalah seperti berikut:-

     

    1. Polisi ‘Knock Door’ iaitu dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;

     

    1. mengadakan siri   perbincangan   bersama    penunggak-penunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;

     

     

    1. memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan

     

    1. sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Daerah/Tanah akan terus menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan maka seterusnya Notis 8A, Rampasan Tanah akan

     

    • Kerajaan Negeri terutamanya melalui Pejabat Daerah/Tanah sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah iaitu:-

     

    1. mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;

     

    1. membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Daerah/Tanah di kawasan pedalaman;

     

    1. membuka kaunter pada waktu rehat; dan

     

    1. menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara atas talian (online) dan pusat pembayaran di kaunter

     

    1. Kerajaan Negeri juga berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di Peringkat Negeri yang berfungsi untuk melaksanakan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik yang melibatkan penunggak tegar dan penyelesaian hak milik yang terlibat dengan permasalahan tanah di semua Pejabat Daerah/Tanah;

     

    1. Kerajaan Negeri turut mewujudkan pasukan Taskforce Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di empat (4) Pejabat Daerah/Tanah iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat untuk menangani secara khusus masalah tunggakan cukai tanah daripada hak milik bermasalah;

     

    1. Perbendaharaan Negeri Selangor pada 23 Jun 2012 telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2012

    – Garis Panduan Perbelanjaan Berhemah bagi memperkemaskan dan membuat penambahbaikan terhadap garis panduan perbelanjaan berhemah dan langkah-langkah tambahan yang perlu diambil kira ke arah pengurusan perbelanjaan wang awam yang sempurna. Seterusnya, Perbendaharaan Negeri Selangor telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 7 Tahun 2013 – Garis

     

    Panduan Perbelanjaan Berhemat yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014 bagi tujuan yang sama dengan penambahbaikan ke atas SPPNS Bilangan 1 Tahun 2012;

     

    • pelaksanaan dasar pemilikan tanah Kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman persendirian di mana bayaran premium nominal pada kadar RM1,000.00 bagi setiap hak milik dan bayaran khas tanah pada kadar yang ditetapkan apabila tanah tersebut hendak dipindah milik melalui proses jual beli. Hak milik bagi tanah ini akan dikenakan sekatan kepentingan tambahan. Rayuan pengurangan premium tidak dibenarkan;

     

    • pelaksanaan dasar penolakan semua permohonan rayuan pengurangan premium / premium tambahan (sama ada melalui Borang 5A atau 7G) kecuali kes pemberimilikan tanah kepada individu bagi tujuan bangunan kediaman yang telah diduduki; dan

     

    1. perkembangan positif ekonomi Negeri Selangor dengan peningkatan permintaan terhadap rumah kediaman dan industri yang secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil Kerajaan Negeri.

     

    Peningkatan rizab Kerajaan Negeri Selangor ini menunjukkan keupayaan pihak pengurusan menguruskan kewangan Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur di samping mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Ianya juga menunjukkan usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor di samping pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money).

Lampiran

Tiada Lampiran.