Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

12) RIZAB NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program atau projek untuk manfaat rakyat hasil peningkatan rizab tersebut?

    Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2012 adalah meningkat sebanyak 34.74% iaitu daripada RM1,944.00 juta pada tahun 2011 kepada RM2,619.44 juta pada tahun 2012.

    Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan kewangan Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur serta mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuatkuasa. Ianya penting agar segala dasar, program, projek dan aktiviti yang dirancang bagi pembangunan Negeri Selangor dan kebajikan rakyat Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kerajaan Negeri Selangor pada pembentangan Bajet 2013 telah mengumumkan akan menggunakan rizab negeri, di antaranya, bagi melaksanakan pembinaan jambatan ketiga di Klang, melaksanakan penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai sumber air terawat, membaiki dan menaik taraf sistem saliran di Negeri Selangor dan membina rumah mampu milik melalui projek “Rumah Mampu Milik Pasang Siap” (Prefabricated Packages Home) yang bakal dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi membantu rakyat yang terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran pada ketika ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.