Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

186) RIZAB NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini rizab negeri dan sebarang perancangan Kerajaan Negeri untuk mengumumkan paras bulanan dan pecahan terperincinya

    Rizab kewangan negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Julai 2015 adalah berjumlah RM3,679.61 juta.  Sebarang pengumuman berkenaan paras bulanan dan perincian pecahan akan dibuat berdasarkan keperluan dan pertimbangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.