Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

317) RIZAB TANAH KEBAJIKAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha yang telah dilakukan selepas kerajaan berjanji pada sidang yang lalu untuk mengkaji mewartakan tanah-tanah bagi kegunaan pusat jagaan kebajikan

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) tidak pernah menerima permohonan daripada pengusaha-pengusaha pusat jagaan kebajikan bagi menyerahkan hakmilik di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) dan seterusnya untuk dirizabkan bagi tujuan kegunaan awam di bawah Seksyen 62 KTN. Walau bagaimanapun, permohonan yang diterima adalah permohonan tukar guna syarat tanah bagi tujuan infrastruktur masyarakat.

     

    *Sumber Jawapan: Pejabat Tanah dan Galian Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.