Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

250) RM1.27 JUTA KOS SELENGGARAAN KENDERAAN UPEN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah nilai ini masih dalam tahap yang dibenarkan oleh panduan kewangaan Persekutuan?

    Berdasarkan peraturan sedia ada yang berkuatkuasa, semua kenderaan Kerajaan hendaklah diselengggara secara berjadual sepertimana yang ditetapkan dalam manual pengguna yang dikeluarkan oleh pengeluar/pengedar kenderaan yang berkaitan. Perkara ini bagi memastikan jangka hayat kenderaan lebih panjang, manakala kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta bersedia apabila perlu digunakan.

    Bagi maksud tersebut, sebarang urusan penyelenggaraan kenderaan Jabatan adalah dirujuk sepenuhnya berdasarkan peraturan dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri, iaitu melalui:

    (i)      Arahan Perbendaharaan;

    (ii)     Pekeliling/ Surat Pekeliling Perbendaharaan;

    (iii)    Surat Arahan Perbendaharaan; dan

    (iv)    Lain-lain garis panduan, peraturan dan tatacara kewangan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

    Berdasarkan semakan dan penelitian oleh Pentadbiran ini mendapati bahawa semua peraturan dan tatacara perolehan bagi urusan penyelenggaraan kenderaan Jabatan adalah dipatuhi sepenuhnya. Manakala tanggungan terhadap kos penyelenggaraan berkenaan adalah berdasarkan peruntukan tahunan yang telah disediakan mengikut keperluan Jabatan dari semasa ke semasa. Untuk makluman, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia 1PP: WP 4.1/2013 – Pengurusan Kenderaan Kerajaan telah menetapkan peraturan berkaitan pengurusan kenderaan Kerajaan bagi memastikan ia dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

    Jabatan Kerajaan yang mempunyai workshop yang lengkap dengan peralatan dan kakitangan mahir hendaklah menyelenggara sendiri kenderaannya. Bagi Jabatan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut, kenderaannya hendaklah disenggara dan dibaiki di workshop Jabatan Kerja Raya atau workshop swasta.

Lampiran

Tiada Lampiran.