Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

129) RM2.5 JUTA UNTUK KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perincikan peruntukan RM2.5 juta dalam Belanjawan 2014 untuk Kajian dan Penyelidikan

    Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.5 juta untuk Kajian dan Penyelidikan di mana ianya adalah berdasarkan kepada keperluan untuk memperkasakan dasar- dasar kerajaan negeri yang bertujuan untuk menyelaras penyediaan perancangan strategik negeri, menyelaras penyediaan pelan pembangunan negeri, menyediakan laporan ekonomi negeri, menjadi pusat geodata negeri, memantau pelaksanaan pelan pembangunan dan mengumpul serta menerbit maklumat asas negeri.

    Peruntukan RM2.5 juta dalam Belanjawan 2014 untuk Kajian dan Penyelidikan dipecahkan kepada dua (2) pecahan peruntukan seperti berikut:-

    1. Kajian / Pelaksanaan Pelan Induk – RM1 juta
    2. Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi – RM1.5 juta

    Berikut adalah perincian peruntukan bagi Kajian dan Penyelidikan bagi tahun 2014:-

    i) Kajian / Pelaksanaan Pelan Induk

    • Laporan Ekonomi Tahun 2013/2014 – RM99,900.00
    • Penyediaan Kompilasi Data Demografi Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan – RM78,300.00
    • Penyediaan Kompilasi Maklumat Asas Negeri Selangor 2014 – RM68,600.00
    • Kajian Keberkesanan Perangkap Nyamuk Magnetik oleh SPBT – RM20,000.00
    • Kajian Perumahan Kos Rendah di Negeri Selangor oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor – RM500,000.00
    • Permohonan peruntukan untuk menjalankan Kajian Penilaian Kenaikan Elaun Guru-guru dan Ketua Guru KAFA-JAIS oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia – RM22,500.00

    ii) Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi

     

    • Kajian Cadangan Pembentukan Dasar Belia Negeri Selangor – RM130,707.00

     

    • Khidmat nasihat dan kepakaran berhubung kaedah untuk menstabilkan bangunan yang mengalami mendapan dan material yang boleh digunakan untuk mengisi lompangan akibat mendapan tersebut – RM98,000.00

     

    • Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor – RM276,302.74

     

    • Kajian Geoteknikal Dan Penilaian Risiko Geologi Rezab Batu Caves, Selayang Untuk Kerajaan Negeri Selangor – RM150,000.00

     

    • Integrated Solid Waste Management Study – RM209,880.00

     

    • Kertas Cadangan Kajian Impak Sosial Terhadap Pemindahan Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club (STC) Sg Besi ke Sg Tinggi, Hulu Selangor – RM65,500.00

     

    • Kertas Cadangan Kajiselidik Penilaian Asas (Baseline Study) dan Pengesanan (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor – RM696,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.