Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

10) RM2 JUTA UNTUK PENULISAN DAN KARYA SASTERA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan negeri dalam memperkasakan penghasilan karya sastera di negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM3juta, bukan RM2juta sebagaimana yang disoal oleh YB Adun Hulu Kelang, melalui Geran SelangorKu bagi memberi peluang kepada pencinta dan penggiat seni budaya dalam pelbagai bidang untuk membangunkan dan mengembangkan bakat seni

     

    Pada September 2012 yang IaIu, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik YBhg Dato’ A. Samad Said sebagai Sasterawan Tamu Negeri Selangor bagi mengiktiraf hasil karya seni beliau sepanjang penglibatannya dalam bidang sastera. Melalui pengiktirafan ini, Kerajaan Negeri telah merangka satu garis panduan dan skim kepada beliau untuk membantu Kerajaan Negeri melahirkan serta memperkasakan hasil karya seni sastera dari kalangan pelajar IPT, pencinta sastera dan karyawan-karyawan muda yang mempunyai bakat dalam bidang sastera.

     

    Dengan perlantikan ini, Kerajaan Negeri dapat menfaatkan kepakaran beliau dalam merangka dasar bagi memperkasakan hasil karya sastera di Negeri Selangor. Perangkaan dasar yang jelas ini dapat menggiatkan hasil-hasil seni sastera yang bebas melalui aktiviti-aktiviti seni dalam memupuk kecintaan terhadap sastera.

Lampiran

Tiada Lampiran.