Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

60) RODA DARUL EHSAN (RIDE)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bilakah tarikh pelaksanaannya?

    Seperti ramai yang maklum, program RIDE ini ditangguhkan kerana kesan daripada perlaksanaan PKP baru baru ini. Namun begitu, Tarikh kerangka perlaksanaannya adalah seperti berikut.

    • 21 Julai 2020 (Pelancaran Program RIDE)
    • 7 Ogos – 31 Ogos 2020 (proses permohonan)
    • 1 September – 7 September 2020 (proses semakan JPJ)
    • 8 September – 31 Disember 2020 (perlaksanaan program RIDE)

Lampiran

Tiada Lampiran.