Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

326) ROGOL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perubahan dasar dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Selangor untuk melindungi golongan wanita daripada jenayah rogol memandangkan Selangor mencatat rekod rogol antara yang tertinggi pada tahun lalu?

    Kerajaan Negeri menyedari akan hakikat peningkatan jenayah rogol di Selangor. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengatasi peningkatan jenayah ini. Antaranya adalah mempergiatkan program Kempen Kesedaran Terhadap Hak-Hak Wanita, Program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre (OSCC)), Program Advokasi Terhadap Wanita dan Kempen Anti Keganasan Terhadap Wanita. Hanya ilmu pengetahuan sahaja dapat melindungi wanita daripada penganiyaan.

     

    Disamping itu, Kerajaan Negeri amat komited dengan keselamatan wanita terutamanya wanita Selangor. Justeru itu garis panduan atau pekeliling berkenaan keselamatan wanita akan diwujudkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.