Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

139) ROYAL RAINMAKER PROJECT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan berkenaan 'Royal Rainmaker Project":

    Pihak LUAS telah mengambil inisiatif menjemput pakar operasi pembenihan awan daripada Jabatan Penerbangan dan Penghasilan Hujan dan Pertanian Di Raja, Thailand (Royal Rainmaking and Agricultural Aviation Department) pada 2 hingga

    6 Mei 2014. Kehadiran pakar daripada Thailand ini adalah bagi mendapatkan pandangan teknikal dan cadangan kaedah penambahbaikan yang boleh dibuat bagi meningkatkan keberkesanan operasi pembenihan awan yang telah dijalankan di kawasan tadahan empangan di Negeri Selangor. Pakar daripada Thailand tersebut juga telah turut serta dalam operasi pembenihan awan bersama LUAS dan Jabatan Metorologi Malaysia semasa tempoh lawatan. Kos yang dikeluarkan bagi mendapatkan pandangan teknikal dan kepakaran daripada Thailand adalah hanya melibatkan tiket penerbangan pergi-balik dari Thailand ke Kuala Lumpur, kos penginapan hotel dan juga elaun perjalanan serta perundingan. Jumlah kos yang terlibat ialah RM11,514.80.

Lampiran

Tiada Lampiran.