Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

240) RSPO DAN LADANG KELAPA SAWIT SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peratusan ladang Kelapa Sawit yang telah mendapat pengiktirafan RSPO?

    Negeri Selangor mempunyai keluasan tanaman sawit 136,361 hektar. Daripada jumlah itu 45,136 hektar adalah tanaman sawit pekebun kecil dan 91,225 milik syarikat perladangan dan pekebun kecil tersusun (seperti Felda). 52 peratus syarikat perladangan sawit di Selangor telah mendapat sijil MSPO (47,820 hektar) manakala status pendaftaran pekebun kecil adalah 5 peratus (2,267 hektar).

Lampiran

Tiada Lampiran.