Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

48) RTB SUNGAI PELEMPAS KG MELAYU SUBANG DAN SEKITAR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Kerajaan telah menunaikan tanggungjawab membela rakyat/ penduduk yg terlibat dalam projek ini dari sudut keadilan dan sikap perikemanusiaan?

    Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pelempas adalah projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan peruntukan belanja sebanyak RM15.13 juta. Projek RTB ini telah dimulakan pada tahun 2016, namun begitu pembinaannya mengalami kelewatan kerana terdapatnya struktur-struktur binaan tanpa kebenaran yang berada di dalam jajaran projek. Sehingga kini projek ini telah diberikan sebanyak empat (4) kali Extension Of Time (EOT) yang akan berakhir pada 11 Februari 2021. Akibat dari kelewatan pelaksanaan, projek ini telah diaudit dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 dan telah dibentangkan di Parlimen pada 3 Disember 2018.

    Pihak Kerajaan telah memberi tempoh masa yang mencukupi untuk penduduk mengosongkan tapak. Malahan tindakan penguatkuasaan juga telah beberapa kali ditangguhkan bagi memberi laluan kepada para penduduk menyambut Hari Raya Aildiladha. Selain itu, tawaran pembelian Rumah SelangorKu, pihak Lembaga Zakat Negeri Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menawarkan bantuan kepada penduduk yang layak.

Lampiran

Tiada Lampiran.