RUMAH BARU DI DALAM PASARAN NEGERI SELANGOR
12) RUMAH BARU DI DALAM PASARAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah yang baru dibina di dalam pasaran dan masih belum dapat dijual kepada orang awam di dalam Negeri Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, trend harta tanah tidak terjual seluruh negara yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) adalah meningkat dari tahun ke tahun. Namun dari tahun 2018 ke 2019 terdapat sedikit penurunan iaitu dari 32,313 unit kepada 30,664 unit atau sebanyak 5.1% penurunan.
Secara keseluruhannya, unit tidak terjual adalah sebanyak 30,664 unit atau 24.76 % dari keseluruhan 123,825 unit yang telah dilancarkan pada tahun 2019. Ia merangkumi rumah kos rendah (2,501 unit), rumah teres (39,286 unit), rumah berkembar dan rumah sesebuah (10,981 unit), rumah bertingkat tinggi (66,782 unit) serta lain-lain jenis harta tanah (4,275 unit). Namun begitu, di Negeri Selangor terdapat sebanyak 4,687 unit rumah telah siap yang tidak terjual atau 15.3 % daripada keseluruhan merangkumi semua jenis harta tanah yang dinyatakan di atas. Jumlah tersebut adalah ketiga tertinggi selepas Negeri Johor (5,627 unit atau 18.4 %) dan Negeri Perak (5,024 unit atau 16.4 %).
