Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

158) RUMAH BURUNG WALIT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pengusaha burung walit masih dibenarkan untuk mengunakan premis perniagaan sebagai rumah burung walit? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 26/2013 pada 4 September 2013, telah memberikan tempoh kelonggaran atau tempoh matang untuk pengusaha menamatkan perusahaan burung walit dan berpindah ke kawasan tanah pertanian seperti yang terkandung di dalam Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor PBT:SPBT Bil. 4/2013 Kaedah Pelesenan Rumah Burung Walit Di Kawasan Perniagaan Dan Kawasan Sawah Padi Di Negeri Selangor bertarikh 23 Oktober 2013 iaitu:

    • Kawasan Komersil – tiga (3) tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2016; dan
    • Kawasan Sawah Padi – tujuh (7) tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2020

    Seterusnya, Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 15/2018 pada 14 Februari 2018 turut menolak cadangan pembaharuan lesen burung walit kepada pengusaha- pengusaha burung walit sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.