RUMAH DILELONG
48) RUMAH DILELONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan warga Selangor golongan miskin yg menghadapi masalah rumah mereka akan dilelong kerana ketidakupayaan membayar bayaran bulanan yg ditetapkan; kerana hilang pekerjaan, sakit atau kecacatan fizikal.
Berdasarkan rekod data Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi tempoh tiga tahun terkini, sebanyak 1,512 permohonan kebenaran melelong rumah kos rendah telah diterima daripada pihak berkepentingan iaitu institusi pembiaya bagi melelong hartanah tersebut ekoran kegagalan pemilik membuat bayaran ansuran pinjaman perumahan seperti yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, LPHS tidak mempunyai maklumat mengenai sebabsebab terperinci berkenaan kegagalan pemilik membayar ansuran pinjaman perumahan bagi RKR sama ada disebabkan oleh hilang pekerjaan, sakit atau kecacatan fizikal sehingga menyebabkan hartanah tersebut dilelong kerana permohonan kebenaran melelong yang dikemukakan oleh pihak berkepentingan tidak menyatakan sebab-sebab kegagalan pemilik. Maklumat tersebut merupakan maklumat sulit yang hanya diketahui oleh agensi pembiaya.
Manakala LPHS yang bertindak selaku institusi pembiaya bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor telah memfailkan sebanyak 17 kes di pejabat tanah / daerah di seluruh Selangor untuk mendapatkan perintah jualan bagi melelong Rumah Awam Kos Rendah yang mempunyai tunggakan. Hasil dari sesi siasatan yang dijalankan oleh Pentadbir Tanah, didapati kebanyakan pemilik akaun yang tegar membuat bayaran memberikan alasan tidak berkemampuan untuk membuat bayaran kerana tidak lagi bekerja disebabkan uzur dan lanjut usia.
