Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

135) RUMAH EXCO

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri tidak menggunakan rumah exco di Seksyen 7 sebagai kediaman exco. Apakah aktiviti yang digunakan ke atas rumah tersebut?

    Terdapat satu (1) buah dewan 10 buah rumah banglo di Kompleks Perumahan Kediaman Kerajaan, Seksyen 7, Shah Alam. Tiga (3) buah rumah banglo masih diduduki YB.Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, YB.Pegawai Kewangan Negeri dan sebuah lagi dijadikan pejabat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).

    Tujuh (7) buah rumah banglo lagi disewakan untuk kegunaan program-program Kerajaan Negeri dan program-program luar.

Lampiran

Tiada Lampiran.