Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

5) RUMAH IBADAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua rumah ibadat bukan Islam di kawasan MBPJ mengikut bancian dan data terkini.

    Berikut adalah jadual Data Bancian Bangunan Keagamaan selain Islam bagi Kawasan Petaling Jaya yang telah dijalankan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 14 April 2010 – 23 April 2010. Data bancian ini telah dikemukakan kepada Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit perancangan Ekonomi Negeri pada 12 Julai 2010. Senarai nama rumah ibadat bukan Islam berserta lokasi adalah seperti di bawah:

    Bil. Jenis Rumah Ibadat Bilangan
    1. Kuil 52
    2. Tokong 45
    3. Gereja 36
    4. Gudwara 2
    Jumlah 135

Lampiran

Tiada Lampiran.