Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

48) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan yang ada bagi memilih tapak bagi pembinaan Rumah Ibadat untuk Bukan Islam? Nyatakan prosedur permohonan

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2011 Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan supaya kelulusan permohonan tanah-tanah untuk rumah ibadat selain Islam di Negeri Selangor diberi secara pewartaan tanah kepada rumah ibadat selain Islam. Permohonan pewartaan tanah ini adalah tertakluk di dalam Kanun Tanah Negara di bawah Seksyen 62 di mana pegawai pengawal tanah yang dimohon adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan diurus tadbir oleh persatuan/pemegang amanah yang

     

    Berdasarkan Manual Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor, pemilihan tanah-tanah untuk rumah ibadat selain Islam adalah seperti berikut:

     

    1. Rumah ibadat selain Islam hendaklah didirikan di tengah-tengah kelompok masyarakat

     

    1. Pembangunan di premis kedai atau kediaman adalah tidak dibenarkan, kecuali terbukti tiada tanah atau kawasan yang sesuai untuk tujuan tersebut. Ia dijalankan secara ‘case by case’ tertakluk kepada tidak timbulnya kacau ganggu kepada penghuni sekitar dan keputusan

     

    • Tidak dibenarkan dibina di kawasan lapang dan tidak boleh ditempatkan di sekeliling loji kumbahan atau pencawang

     

    Selain itu, di dalam Garis Panduan Hal Ehwal Selain Islam turut menetapkan bahawa keluasan tanah rumah ibadat selain Islam sama ada disediakan oleh kerajaan atau pemaju ditetapkan tidak melebihi 10,000 kaki persegi. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam boleh mempertimbangkan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi berdasarkan kes- kes tertentu.

     

    Prosedur permohonan tanah untuk rumah ibadat selain Islam, adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.