Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

23) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam yang telah disalurkan kepada kuil di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Rumah Ibadat Selain Islam bagi memastikan masyarakat di negeri Selangor dapat menjalani ibadat mengikut kepercayaan agama masing-masing supaya dapat beribadat dengan lebih kondusif. Peruntukan yang telah disalurkan kepada kuil di Hulu Selangor sejak tahun 2008 hingga tahun 2016 adalah sebanyak RM815,000. Butiran terperinci adalah seperti yang dinyatakan pada Jadual 1.

    BIL TAHUN BIL RUMAH IBADAT JUMLAH BANTUAN (RM)
    1 2008 Tiada
    2 2009 3 40,000
    3 2010 3 150,000
    4 2011 6 115,000
    5 2012 2 40,000
    6 2013 4 30,000
    7 2014 3 70,000
    8 2015 10 135,000
    9 Januari – Oktober 2016 13 235,000
    JUMLAH 44 815,000

    Jadual 1 : Bilangan dan jumlah peruntukan kepada kuil di Hulu Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.