Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

238) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan pembinaan Rumah Ibadat Bukan Islam mengikut syarat-syarat pembinaan rumah ibadat?

    Kerajaan Negeri merujuk MANUAL GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI SELANGOR yang dikeluarkan oleh pihak JPBD Negeri Selangor di dalam memastikan pembinaan Rumah Ibadat Selain Islam mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Rumah Ibadat Selain Islam yang baru atau akan dibina juga perlulah mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam iaitu melalui :

    1. Permohonan Pewartaan tanah di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara yang perlu dimohon kepada pihak Pejabat tanah dan Daerah di kawasan masing-masing; dan
    2. Permohonan Kebenaran Merancang di bawah Seksyen 21 Akta 172 (Akta Perancang Bandar dan Desa) oleh pihak Pengurusan / Persatuan agama kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk sebarang pembinaan struktur rumah ibadat.

    Merujuk kepada Mesyuarat Hal Ehwal Selain Islam Bil. 7/2015 telah memutuskan supaya Pihak Pejabat Tanah dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengambil tindakan serta merta pengeluaran notis mengikut undang-undang dan akta yang berkuatkuasa kepada mana-mana pembinaan tanpa kebenaran yang sedang dibina.

Lampiran

Tiada Lampiran.