Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

256) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membantu kuil, tokong dan gereja yang lebih 100 tahun diwartakan sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Merujuk Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam Dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor, setiap bangunan keagamaan selain Islam yang berusia lebih daripada seratus tahun yang dibina di atas tanah persendirian mahupun tanah kerajaan harus diiktiraf sebagai bangunan bersejarah bagi mengelakkan berlaku sebarang pencerobohan berpandukan Akta Antikuiti 1976.

     

    Bersama ini disertakan senarai Bangunan keagamaan yang telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang di dalam simpanan pihak PADAT seperti di lampiran 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.