Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

146) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah peruntukan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) diagihkan mengikut keperluan disetiap DUN ?

    Peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) atau kini dikenali dengan nama Hal Ehwal Selain Islam (HESI) akan diagihkan mengikut peratusan penganut Selain Islam Negeri Selangor yang di bahagikan kepada 3 kategori agama selain Islam utama iaitu Buddha, Hindu dan Kristian.

     

    Maklumat peratusan penganut Selain Islam ini merujuk kepada data rasmi Bancian Penduduk tahun 2010 yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia. Berikut adalah jumlah penganut mengikut agama yang terdapat di Negeri Selangor :

     

    AGAMA KADAR (%)
    Islam 57.9
    Buddha / Taoist 24.4
    Hindu 11.6
    Kristian 3.8
    Lain-Lain 2.3

    Jadual : Kadar Penduduk Negeri Selangor (Sumber : Jabatan Perangkaan pada tahun 2015)

    Bagi tahun 2015, sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan untuk tujuan ini. Pembahagian bagi setiap kategori agama selain Islam yang utama adalah mengikut peratusan penganut agama tersebut iaitu seperti jadual dibawah :

     

    AGAMA PENGANUT

    (%)

    PERUNTUKAN

    (RM)

    BUDDHA / TAOIST 61.31 3,678,600.00
    HINDU 29.14 1,748,400.00
    KRISTIAN 9.55 573,000.00
    JUMLAH 6,000,000.00

    Jadual : Peratusan penganut selain Islam sahaja

     

    Pembahagian ini telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 5 / 2015 yang diadakan pada 4 Februari 2015.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.